Monday, July 26, 2010

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban bermula dari 13 Julai 2010 hingga 11 Ogos 2010. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.


Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.


Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Sya'aban kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.


Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.


Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.


- sumber : dakwah.org -




Tuesday, July 20, 2010

FORUM PERDANA

Satu FORUM PERDANA akan diadakan seperti maklumat di bawah :


Tarikh : 24 Julai 2010 (Sabtu)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam

Tajuk : "DI SEBALIK HIJAB WANITA"

Bersama Ahli Panel :
  • Ust Zulkarnain Hamzah (TV9 - Prg Imam Muda)
  • Ustazah Zawiyah Hassan (JAKIM)
  • Ustazah Ros Izanuri (Moderator)
Semua dijemput hadir ke program ini. Datanglah beramai-ramai !!!

KARNIVAL HARI KESIHATAN

Assalamualaikum...

Satu program "Karnival Hari Kesihatan" akan diadakan seperti maklumat di bawah :

Tarikh : 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Masjid Nurul hidayah, Kg Pandan Dalam

Perkhidmatan yang disediakan sepanjang karnival :
  • Derma darah
  • Pemeriksaan darah tinggi dan kolestrol
  • Pep Smear
  • Bekam
  • Ainun Thaharah / Resdung
  • Rawatan As-Syifa' : Air Penerang Hati
    - Perawat : Ust Kamaruddin & Ust Hasnil dari Darul Syifa'
"Utamakanlah kesihatan, datanglah beramai-ramai"

Thursday, July 15, 2010

KULIAH FIQH WANITA 16 JULAI 2010

Assalamualaikum...

Untuk memantapkan ilmu para pendakwah, KULIAH FIQH WANITA kembali lagi pada minggu ini.
Maklumat kuliah adalah seperti berikut :

Tarikh : 16 Julai 2010

Masa : 10.00 malam
Tempat : Laman Mukmin, No 1, Jalan Kencana 36/2, Taman Kencana, 56100 KL

Kuliah ini dibawakan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Segala persoalan tentang permasalahan wanita akan terjawab ! Ayuh kita mantapkan ilmu akhirat kita. Jom datang beramai-ramai...



Friday, July 9, 2010

Kuliah Fiqh Wanita

Assalamualaikum kepada semua...

Kuliah Fiqh Wanita muncul kembali. Anjuran bersama Nisa' Pandan & Nisa' Selangor. Kuliah ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat pada tiap-tiap minggu. Bermula pada malam ini 09 Julai 2010 jam 9.30 malam bertempat di Laman Mukmin, Taman Kencana. Kuliah akan disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Bin Ahmad. Pengisian yang menarik dan perlu diketahui oleh semua wanita. Sekiranya ada persoalan-persoalan dan permasalahan-permasalahan berkaitan dengan fiqh wanita, boleh mengemukakan persoalan-persoalan ini semasa kuliah nanti.

Dijemput kepada semua wanita untuk menghadiri Kuliah Fiqh Wanita ini. Jangan lepaskan peluang !!!!

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh emelkan kepada emel kami : nisapandan@gmail.com.

Friday, July 2, 2010

KARNIVAL MASJID 2010

Assalamualaikum...

Dijemput kepada semua untuk ke KARNIVAL MASJID 2010 di Masjid Al-Azim Pandan Indah pada 2 dan 3 Julai 2010. Banyak aktiviti menarik disediakan. Jom ramai-ramai turun ke program ini...


Temui kami NISA' PANDAN di kaunter Nisa' berhampiran dengan kaunter urusetia. Sesiapa yang berminat untuk mendaftar menjadi ahli Nisa', boleh la datang ke kaunter kami pada 03 Julai 2010 bermula jam 8.00 pagi.