Tuesday, December 7, 2010

Sayang Anakku Sayang~

Pejam celik, pejam celik, anak-anak ahli Nisa Pandan kini sudah mencecah seramai 20 org (and more to come..insyaAllah). Anak-anak ini juga yang memeriahkan dan menceriakan meeting2, usrah dan program kita (mungkinkah bilangan mereka lebih ramai dari keahlian Nisa Pandan? huhuhu...). Apa-apapun, buat ummi2, ibu2, mama2, etc yang tetap setia melayani kerenah anak2, tawa dan tangis anak2, dan tidak pernah jemu membawa anak2 ke program2 kita, mudah-mudahan kalian tidak akan pernah rasa jemu dan teruskan mendidik mereka, mendekatkan mereka dgn program2 dan usrah. Tingkatkan kesabaran dan manafaatkan masa kecil mereka dgn perkara berfaedah. Sesungguhnya itulah peranan kita sebagai para ibu dan keistimewaan yang telah Allah kurniakan. Semoga kita terus melahirkan dan membesarkan anak2 yang bakal menyambung perjuangan Islam.

Berikut adalah artikel dari Saifulislam.com utk tatapan kita bersama dalam mendidik anak2, jua relevan dalam perhubungan kita dengan suami masing2 serta perhubungan dgn sahabat2.



MENUTURKAN LIMA BAHASA KASIH SAYANG

“Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai anak berusia tujuh tahun. Apabila saya menegur kesalahannya, dia mengatakan yang saya tidak sayangkan dia serta melebihkan adik beradik yang lain sedangkan kasih sayang saya kepada anak-anak tidak berbelah bagi. Apa nasihat ustaz?”

Demikian soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta bengkel Sinergi Keluarga Bahagia anjuran bersama Nisa’ Titiwangsa, Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Yayasan Selangor, semalam. Program ini terhasil daripada inisiatif YB Dr. Lo’lo’ Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang menghubungi saya melalui Twitter menyatakan hajat besarnya mahu mengadakan sebuah program kekeluargaan terutamanya bagi penduduk sekitar Parlimen Titiwangsa yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Alhamdulillah.

Soalan dihantar dalam bentuk nota dan ia bagus kerana di dalam program yang membabitkan hal-hal kekeluargaan, biasa sekali peserta segan hendak bertanya kerana tidak mahu kondisi rumahtangganya ‘dinilai’ oleh peserta-peserta lain.

KASIH TANPA SYARAT

Mendisiplinkan anak-anak lebih mudah jika anak mempunyai tahap emosi yang baik.

Mereka yakin dengan kasih sayang ibu bapa kepada mereka, justeru teguran tidak ditafsirkan sebagai benci, sebaliknya pembetulan dan disiplin.

Mengasihi anak-anak tanpa syarat tidak sama sekali bermaksud menjadi permisif. Anak-anak perlu didisplinkan, tetapi ia mesti SENTIASA bertitik tolak daripada rasa kasih sayang, bukannya benci. Peka terhadap intonasi dan gaya bahasa yang diguna pakai semasa memarahi anak sama ada ia terbit daripada kasih sayang atau benci.

“Kenapa tumpahkan air ini? Banyak kali emak dah tegur. Kamu ni!!!” si ibu meninggikan suara.

“Hishhh, kenapa kamu ni? Bodoh betullah, berapa kali emak nak cakapppp!” si ibu tidak begitu meninggikan suara tetapi menegur anak sambil jari telunjuknya ditujah-tujah ke dahi anak.

Nilaikan, mana satu teguran yang bertitik tolak daripada kasih sayang, dengan teguran yang terbit daripada rasa marah yang tidak terkawal hingga berubah menjadi benci.

Mengasihi anak dengan syarat, sungguh mengelirukan si anak.

BAHASA KASIH SAYANG

Keduanya, sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, anak-anak malah manusia dewasa juga mengasihi dan dikasihi dalam bentuk-bentuk yang berbeza (The Five Love Languages for Children oleh Gary Chapman). Biar pun kelima-lima bahasa kasih sayang itu penting, namun setiap seorangnya akan lebih terkesan dengan salah satu daripada lima bahasa kasih sayang tersebut.

Bahasa-bahasa itu ialah:

1.Sentuhan fizikal
2.Perkataan
3.Masa berkualiti
4.Hadiah
5.Khidmat bakti

Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Tetapi ramai anak yang merasakan bahawa dirinya tidak disayangi (Gary Chapman). Salah satu puncanya ialah, ibu bapa mengasihi anak-anak hanya dengan menggunakan satu atau dua bahasa sahaja.

Misalnya, ibu bapa menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak dengan ‘perkataan’ apabila selalu menyebut kepada anak-anak, “ayah sayangkan kamu semua” atau “ibu sayang Adam, sayang Anas, sayang Anis”. Jika Anas dan Anis itu bahasa utama kasih sayangnya ialah perkataan, maka ungkapan itu berjaya membantu mereka yakin bahawa mereka memang disayangi. Tetapi jika bahasa utama kasih sayang Adam ialah sentuhan fizikal, biar pun dia juga diberitahu bahawa dia dikasihi oleh ayah dan ibunya, dia tidak dapat merasakan kasih sayang itu kerana ibu dan bapanya tidak memeluk, mencium, mengusap atau bergomol dengan Adam mahu pun adik-adik yang lain.

Dalam keadaan Adam tidak yakin dengan kasih sayang ibu bapanya kepada dia, usaha mendisiplinkan anak ini menjadi lebih rumit dan mencederakan jati diri.

Perhatikanlah tabiat-tabiat anak apabila mahu mendapatkan perhatian, juga cara anak-anak menunjukkan kasih sayangnya kepada kawan-kawan atau kepada kita sendiri, teliti apakah bentuk kasih sayang yang dia minta, apakah keluhan yang sering disuarakannya, dan perhatikan tabiat-tabiatnya dalam kehidupan seharian, untuk anda mengenal pasti bahasa kasih sayang utama setiap anak.

Andaikata ia tidak berhasil dilakukan, amat malang sekali jika anda yang sangat mengasihi anak-anak, dianggap oleh anak sebagai tidak menyayangi mereka semata-mata kerana anda tidak peduli kepada keistimewaan dan keunikan setiap seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah itu.

Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan kelima-lima bahasa cinta itu.
Baginda memang seorang
Murabbi Cinta.

Liqa Ilmi kembali lagi!!


Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat yg dirahmati Allah...
Liqa Ilmi kembali lagi! InsyaAllah liqa akan diadakan pada Jumaat malam Sabtu minggu ini selepas Isyak di rumah Ustazah Suraya. Jgn lupe bawa tafsir Al Quran dan bersedia dengan tajuk "Ulul Albab". Bagi yang berkelapangan, sama-sama kita menghadiri majlis ilmu ini. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan berkat dariNya.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah diucapkan pada semua sahabat2, jangan lupe bace doa akhir tahun dan awal tahun ye~..semoga tahun yg mendatang lebih bermakna dan kita sentiasa menjadi insan yg lebih baik dari semalam. Perbanyakkanlah muhasabah cinta pada Allah, perkuatkan semangat dalam perjuangan, moga kita terus istiqamah di jalan ini!

Epilog Silam
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Friday, December 3, 2010

Jamuan Mahabbah Nisa Pandan 2010


Seperti yang telah diputuskan pada meeting hari Rabu, kite akan mengadakan jamuan makan2x + tazkirah + sambutan harijadi + farewell adik2 prektikel + welcoming adik2 prektikel (5 in 1) as follow details:

Tarikh : 7th December 2010 (selasa)
Masa: 3.00 PM onwards
Tempat: Rumah hajar

So, appreciate sahabat2x dpt nyatakan kehadiran masing2x. Kite akan buat style potluck and bole la list down makanan yang nak dibawa supaya tidak redundant ;). Semua dijemput hadir! As it is our first makan2x this year, so hope kite semua dpt luangkan masa yer..

See you there!!!

Summary Pengisian Teambuilding Nisa 2010

Pengisian dari Kak Su : Seindah Mawar Berduri~

Sharing pengalaman
Kak Su kurang sihat sebenarnya pada hari program, sejak pagi lagi dia pening2, tak larat nak bangun, tapi sejak pagi jugak dia full sgt dgn aktiviti2, in fact masa nak pergi prog kita pun, dgn tak tahu jalan, tak sihat, bila2 masa je kak su bole bagi alasan utk tak dtg program kita. (Good yet touching intro)

Stop giving excuse
Stop giving excuse. Syaitan akan mecucuk jarum guna 2 cara 1st – perasaan takut 2nd – halangan/cabaran (basically, syaitan akn cuba utk mengeluarkan sebanyak mungkin halangan utk kita rasa xbersalah kalo x join program, cthnyer kalu ade prog or usrah, saat kite rase malas nak pergi @ tanak pergi, saat tu akan banyak tibe2 alasan yg datang, tibe2 anak sakit, tibe2 rase tak sihat, etc…so kite rase mcm byk betul alasan bole bagi dan rase mcm tak bersalah langsung. Padahal sume yg datang tu cabaran dari syaitan saat mind kita rase tak bersungguh nak dtg program dan malas nak pergi. Sama juga ketika kite nak beri infaq, jangan rase berat sgt nak beri infaq, kalu rase nak bagi, terus bagi..jgn asyik pkir excuse je

Suami kunci syurga
Suami perlu kita taati dan jgn sesekali buat suami berkecil hati. Maybe kite tergolong dalam golongan isteri yg bertuah kerana dapat suami yg mengizinkan kite ikut jemaah, tapi jgn lupe tanggungjawab pada suami. Adakalanya kite terlalu melebihkan anak daripada suami, so kene tgk mehasabah semula, selalu mintak maaf dgn suami dan jaga hati suami.

Petikan ayat Quran
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (Taubah: 24)

Memorable moments
Banyak2 bersabar ketika layan kerenah anak, ketika bawak anak pergi program, jgn rase serik, insyaAllah Allah akan bantu kite, mudahkan urusan kite, nanti bile2 anak2 dah besar, ini yg kite rindukan..utk bawak anak pergi program..

Belajar utk focus
Kalu mase dgr pengisian, in case anak nangis, selalunye ibu2 mmg tak bole nak focus, kepala dah melayang entah kat mane, tapi kalu bole belajar jugak utk focus dgn ape yg ustaz/Ustazah sampaikan kat depan, insyaAllah, setiap ape yg Allah takdirkan, Allah nak bagi kite ilmu, kita akan jadi lebih hebat dari org lain, sambil jaga anak, bole focus kat ceramah, sambil dukung anak, bole bancuh susu…etc..

Pesanan from DMP
Istiqamah utk attend usrah DMP hari Isnin minggu pertama setiap bulan.

Pengisian dari Ust Kamal: Muslimat - From The Eyes of Muslimin

Hebatnya Allah ciptakan Muslimat
Muslimat insan yg mengandungkan bayi selama 9 bulan, mcm2 alahan, cabaran, bersalinkan baby, etc…jadi di sebalik kejadian Allah tu pun dah terserlah kehebatan dan kekuatan yg kite ade, jadi jgn rase lemah. (Good intro jugak..)

Jgn khianati jemaah dan menipu diri sendiri
Lebih kurang mcm point Kak Su, jgn bagi excuse, tapi in case kite tak hadir program sbb anak tak sihat. Sepanjang usrah atau aktiviti yg kite tak pergi tu, kite perlu pastikan kite mmg betul2 jage anak yg sakit, bukan tidoq ke, rehat lepak2 ke, kite di consider mengkhianati jemaah dan menipu diri sendiri kalu kite tak jujur.

Yakin dgn keberkatan berada dalam jemaah
Selalu org kate, isteri berjuang, suami berjuang, anak jadi ‘beruang’ (roar~-ade sound sikit..huhu~)..tapi sebenarnye kite kene tgk bape byk je anak2 yg jadi beruang sebab suami isteri keluar berjuang, kdg2 anak2 jadi mcm tu sbb kite sendri yg ade masalah dgn hubungan dgn Allah, bukan sbb kite busy keluar berjuang. Bile kite set dalam mind mcm ni, seolah2 kite tak yakin dgn keberkatan bergerak dalam jemaah. Kite kena yakin yg Allah, Allah tahu kite ade anak, Allah tahu kite nak anak kite berjaya, kite kene selalu berdoa, Allah mudahkan urusan membesarkan anak. Lagi satu, kualiti mase dgn anak lebih penting dari kuantiti mase kite bersama anak. Kalu duduk lame2 pun tapi takde manafaat ape2, takde gunenyer.

Berhadapan dgn suami
Isteri perlu jaga ketaatan dgn suami, kene make sure kalu nak pegi program, setelkan perkara2 kat rumah dulu sblm pergi.. kite lebih kenal suami kite masing2..cth kalu suami kite pantang tgk rumah bersepah, pantang tgk baju kotor berlambak2, setelkan yg mane die tak suke dulu, then yg lain…kalu mmg tak sempat sgt2, mintak maaf byk2 dekat suami sbb tak sempat nak setelkan sume.

Q&A
Soalan tentang kurangnye Ustazah2 berfikrah zaman sekarang
Ramai muslimat yg berpendidikan agama xmau join jemaah, so kita yg bukan berpendidikan agama (di peringkat Uni) nie kena laa berusaha utk menimba ilmu akhirat sebanyak mungkin utk close most of the gaps. Islam is the way of life, so tidak mustahil utk muslimat mempelajarinya. Bukan spt ilmu2 lain yg perlu ada formal classroom(cam kat uni).kita leh blaja tru kuliah2, ceramah2, kelas2 agama yg ada di surau/masjid or mana2 sahaja. Kalo sharing/pengisian tidak melibatkan hukum, ustaz kamal ckp, kita spttnya boleh buat. Kalo melibatkan hokum, kena laa minta yg ahli utk menjawab

Soalan tentang cara nak kawal emosi as isteri, ibu, kerja kat opis lagi, etc
Kebergantungan dgn Allah sgt penting, berdoa Allah rungkaikan keserabutan dalam diri dan beri ketenangan.

Soalan tentang cara nak cater suami yg agak kurang membantu kite as isteri dalam menguruskan anak2/rumah
Ade 2 perkara, samada tabiat atau perangai, kalu perangai, insyaAllah bole di ubah sikit2, kalu tabiat, susah sikit...huhu. Tapi carik mase sesuai utk slow talk dgn suami dan mintak kerjasama die…insyaAllah kalu kite kenal suami kite, kite bole cater masalah ni.

p/s ade quote dari ustaz mase hujung tu, bunyi nyer lebih kurang, jgn tunggu masa lapang utk berjuang tapi lapangkan masa utk berjuang…mcm tu la bunyiknyer…susunan ayat mmg salah..hehe

Ya Allah, semoga Kau mudahkan perjalanan kami dalam perjuangan ini dan anak2 kami membesar jadi insan yg berguna utk perjuangan islam…

Amin

Teambuilding Nisa 2010


Syukran jazilan pada semua Nisa Pandan yang telah menghadiri dan menjayakan Nisa Pandan Teambuilding 2010 di Kuang Villa pada 6 & 7 November 2010. Semoga kita dapat mengambil manafaat daripada pengisian dan aktiviti yg dijalankan. InsyaAllah 2011 yang bakal menjelang akan kita isi dengan program2 yg lebih menarik lagi dan memberi manafaat buat semua ahli dan adik2 Nisa. Disertakan di atas gambar ketika penutup TB Nisa..maaf ye, ade yg dah balik awal mase tu..~tak berkesempatan nak masuk sekali dalam gambar..

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 1431H


Salam Aidiladha buat sahabat semua..
Mari kita hiasi Aidiladha dengan takbir dan tahmid memuji Ilahi, menyemarakkan semangat pengorbanan demi agama tercinta. Bagi sahabat2 yang menjadi tetamu Allah, semoga pulang dengan haji yang mabrur insyaAllah, bagi yang belum berkesempatan, insyaAllah mudah-mudahan hari kemudian Dia bakal menjemput kita pula..