Tuesday, January 4, 2011

Summary Pengisian Last Usrah Nisa 2010

Pertama-tamanya, sesi usrah dimulakan dengan kata-kata muhasabah yang sangat berkesan kepada diri kita yang sering alpa ini:
“Sekiranya kita tidak menyibukkan diri kita dengan kebaikan maka kita akan menyibukkan diri kita dengan kebatilan” – Imam Hasan Al Basri.
Apabila kita muhasabah balik diri kita ni mmg ade kebenaran kata-kata itu. Kalau kite ade masa lapang, mula la kite terfikir nak tengok TV, jenguk facebook selama dua atau tiga jam etc. Sekiranya kite sibukkan diri kita dengan aktiviti jemaah/berguna maka berkurang la inisiatif kite untuk sibukkan diri kite dengan aktiviti-aktiviti yang tak befaedah...

Kedua, Dr mengulas tentang anak-anak. Mereka adalah penguat kepada kita dalam perjuangan dan bukannya alasan untuk kita tidak berjuang. Dr Rosni pesan agar kita jangan serik untuk membawa anak-anak ke program-program kerana percayalah bahawa apa yg kita paling rindui bila sudah tua nanti adalah kehadiran anak-anak bersama kita dalam program. Dr Rosni juga berkongsi pengalaman beliau ketika masa mula-mula menjadi ibu. Dr membawa anak-anak ke usrah/program. Tempat program ketika itu jauh daripada tempat tinggal. Segala keperluan tilam, bantal, botol, air panas semua dibawa bersama. Anak – anak gembira apabila dibawa pergi ke tempat program bersama kerana bagi mereka bile keluar berprogram/dengar ceramah, bawa tikar, makanan ala ala macam berkelah. Ada gerai di mana mereka bole beli barang-barang, etc. Inilah masa anak-anak nak bermain-main di luar. So, moral of the story, jadikan la program jemaah tu ‘fun activities’ instead mencari alasan tidak dapat pergi program sebab anak-anak masih kecil.
Ketiga, Dr juga menyentuh tentang "Hijrah" – dari kegelapan kepada cahaya, sempena topik tahun baru. Kita perlu sentiasa menghijrahkan diri kite ke arah yang lebih baik. Kita juga perlu ingat bahawa setiap perkara dalam kehidupan kite adalah pinjaman daripada Allah dan kita perlu memahami adab-adab meminjam. Berikut adalah adab-adab meminjam yg turut dikongsi dalam usrah tempoh hari:

i) Menjaga barang yg dipinjam
Contoh: Anak-anak yg Allah kurniakan kepada kita adalah pinjaman daripada Allah. Apabila namanya pinjaman/amanah maka perlulalah kita menjaga anak dengan baik. Org selalu kata, bila anak sendiri kita bole la pukul2x sbb anak kita. Tp sebenarnya konsep itu salah. Kerana anak itu adalah pinjaman Allah maka kita tidak bola sewenang2xnye pukul, rotan, belasah etc. Kita perlu mengikut cara-cara yang telah diajar Islam dalam mendidik anak. Kita juga perlu faham setiap apa yang kita ada ni adalah pinjaman. Maka, perlulah sgl benda yg ada kat atas dunia ni yang dipinjamkan kepada kita dijaga dengan baik.

ii) Syarat2x meminjam
Contoh: Pinjaman dibuat dengan pihak bank. Bank akan keluarkan syarat2x spt bile nak kena byr balik, brp kena bayar balik etc. So, org yang meminjam barang akan keluarkan peraturan2x untuk kita ikut. Macam tu juga dgn kita. Semua benda yang kita ada ni adalah pinjaman. Maka, Allah dah susun peraturan2x yang perlu kita ikut melalui al quran. Disebabkan kita meminjam, maka tuniakanlah syarat2x/peraturan yang dikenakan itu.

iii) Pulangkan
Sekiranya kita meminjam barang, perlu la kita pulangkan balik. So, kita kena faham bahawa apa yang kita ada skrg mungkin bole ditarik balik dgn serta merta atau bila sampai waktunye kita akan pulangkan hatta diri kita sendiri. Sentiasa banyakkan amal/ibadah kerana kita pun x pasti bila diri kita akan dipulangkan kepada Sang Pencipta.

iv) Syukur/Terima Kasih
Adab2x org meminjam semestinya perlu mengucapkan terima kasih/syukur semasa masih meminjam barang dan ketika memulangkan barang. Oleh itu sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada kerana semua ini adalah pinjaman daripada Allah.

Keempat, Dr berkongsi buku2x yang bagus untuk dibaca samada for parenting dan untuk berdakwah. Buku – buku seperti Law of Attraction, U Turn ke Jln Lurus, Dari Lubuk Dari Ibu, Discipline without Shouting & Spanking.

Dr juga ada membuat sedikit kupasan daripada buku Law of Attraction.

Peraturan pertama – kenal pasti kemahuan (identify your desire)
Kite perlu mengenal pasti ape kemahuan/perkara yang kita nak. Sebagai daei kita perlu sentiasa ada positive vibration dimana kita perlu sentiasa positif dalam perlakuan/percakapan kite. Jangan sentiasa mengeluh sebaliknya berfikiran positif. Contoh: jangan selalu kata kita tidak boleh buat, tak mampu buat program sebab takde duit, takde orang nak datang program etc. Perkara paling penting adalah rancang dahulu dan cari penyelesaian untuk menghadapi halangan – halangan yang ada

Peraturan kedua – Memberi perhatian terhadap kemahuan (give attention to your desire)
Apabila kita dah ada kemahuan, maka perlulah kita berusaha dan fokus terhadap kemahuan kita. Bercita – cita sahaja tanpa laksanakan takkan membuahkan hasil. Perlu la berusaha untuk setiap ape yang dihajatkan

Peraturan ketiga – Membenarkan.. (allow it)
Jangan ragu2x setelah ada kemahuan. Bertawakkal dan berdoa semoga Allah memudahkan usaha kita. Sekiranya ada masalah cari jalan penyelesaian dan jangan terlalu fokus kepada masalah.

Berikut adalah petikan dari buku Law of Attraction seperti yang disebutkan di atas:

Menurut Michael J. Losier

Untuk menjalankan Law Of Attraction (Hukum Tarik-menarik) secara sedar ada tiga langkah praktis: Kenali hasrat keinginan anda, berikan perhatian pada hasrat, dan biarkan hasrat itu menjelma menjadi nyata.

Kenali Hasrat Anda
Sepertinya mudah bukan? Kenyataannya sebagian besar orang tidak mengerti apa yang mereka inginkan, akan tetapi sangat pandai menyebutkan banyak hal yang tidak mereka inginkan.
Allah berfirman dlm hadis Qudsi:
Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunnu bii ma syaa-a (rowahu Thobarani wal hakam)
Artinya: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia berprasangka dengan apa yang ia inginkan (bukan yang ia risaukan atau hawatirkan) (Thobarani wal hakam).

Berikan Perhatian pada Hasrat Keinginan Anda
Hukum Tarik-menarik akan mendatangkan sesuatu yang anda berikan segenap perhatian, energi, dan focus. Caranya dengan memilih kata-kata yang tepat, yaitu kata-kata atau kalimat yang menimbulkan perasaan positif.
Rasulullah bersabda:
Barang siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya berkata baik atau diam………. (HR Muslim)
Jika anda memilih kata-kata yang baik, maka anda akan mendapatkan dua hikmah, yang pertama adalah anda dapat pahala karena mengikuti perintah Rasulullah, yang kedua insya Allah anda dapat hikmah bahwa berkata baik menimbulkan perasaan positif. Dan perasaan positif, menurut Losier, adalah cara memberikan perhatian kepada hasrat anda.

Biarkan Hasrat itu menjelma nyata.
Cepat lambatnya hasrat terwujut sangat tergantung dengan keihlasan anda membiarkan hasrat itu menjelma nyata (baca: berserah diri). Ini merupakan tahap yang paling penting & menentukan.
……………… dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu (QS Attalaq :3).
Semoga pengisian ini memberi manafaat buat semua sahabat2. Wallahualam.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat2 Nisa - Januari 2011

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada sahabat2 Nisa yang dilahirkan pada bulan JANUARI (tidak lupe jugak pada mane2 anak ahli Nisa..). Semoga dengan bertambah umur, semakin tinggi iman dan taqwa pada Allah dan semakin dekat pula kita padaNya. Teruskan istiqamah di jalan perjuangan, insyaAllah andai berkesempatan, kita akan adakan sambutan hari lahir utk semua yg lahir pada bulan Januari!

Tuesday, December 28, 2010

Last Usrah Nisa for 2010!

Semua sahabat dijemput hadir ke usrah Nisa yang terakhir bagi tahun 2010 yang akan diadakan pada hari Rabu ini jam 9 malam, tajuk "Tahun Baru, Azam Baru, Diri Saya Yang Baru" yang bakal disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr Rosni. Sila cek msg di hp masing2 utk alamat tempat program ya! See u there!

Monday, December 27, 2010

Summary Pengisian Liqa Ilmi - Ulul Albab

Assalamualaikum wbt,

Sahabat2, maaf atas keterlewatan meng'post' summary pengisian Liqa Ilmi tempoh hari. Apa2pun, berikut adalah serba sedikit points yg dapat di share oleh sahabat2 yg hadir. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kelas pertama tajuk ulul albab dan kita bakal membincangkan semua ayat2 di dalam al quran yg mengandungi kata kunci ULUL ALBAB (gol. yg berakal fikiran) dalam kelas2 seterusnya. So, bagi yg berkelapangan pada masa akan datang, jemputla dtg ye!



Kelas dimulakan dgn sharing session oleh setiap yg hadir..semua yg hadir perlu memberi tazkirah skit..mcm2 sharing, ade yg share kate2 hikmah, sirah, pengalaman, etc..bak kate Kak Su, bykkan sharing, insyaAllah, mudah2an kita sentiasa dapat memberi peringatan pada org lain, memberi manafaat pada org lain, walaupun hanya sesimple perkara sahaja.

Utk kelas pertama Ulul Albab tempoh hari, ayat pertama yg dihuraikan adalah dari Surah al baqarah, ayat 179, maksudnya, "Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa".


Ulasan :
1. Islam dtg complete, bkn cuma merangkumi hal2 ibadat & adab sahaja. Malah urusan pentadbiran/siyasah, hal2 jenayah semua Allah dh gariskn dlm pakej islam.
2. Qisas adalah perkara yg wajib dilaksanakan, tak perlu bertangguh2 pelaksanaannya sbb sesungguhnya hikmahnya akan melimpah pd semua setelah dilaksanakan, insyaAllah, terutamanya pada golongan ulul albab yg terdiri daripada:
a. Penguatkuasa – cara untuk kekalkan keamanan, hukuman yg setimpal dgn jenayah
b. Pesalah laku – sebelum buat die akan terpikir ape hukuman yg bakal ditanggung
c. Pemerhati/org awam – jdkn contoh, lesson learnt etc.
3. Mereka yg betul fikirnya, akan nmpk qisas tu rasional & relevan, cuma hendak melaksanakannya atau tidak, bergantung pd patuhnya kpd Tuhan = TAQWA.

Kita juga perlu bijak dalam memilih pemimpin negara supaya kita dapat melaksanakan sesuatu suruhan dari Allah tanpa ragu2 lagi dalam sesebuah negara, iaitu di kalangan ulamak wal umara’ yg bakal memimpin negara ikut dasar n garis2 Islam yg sebenar. Bkn ulamak suuk, yg menjaga kepentingan periuk nasi semata-mata tanpa menghiraukan suruhan dan larangan Allah.

Ayat lain yg berkenaan ulul albab –
a. Seruan ulul albab: 2:179,197, 5: 100, 65: 10
b. Gol. Ulul albab: 2: 269, 3:7; 13:19; 14: 52, 38: 29; 39: 9,18
c. Utk org berakal : 3:190, 12:111, 38:43, 39:21, 40:54

InsyaAllah, pada kelas akan datang kita akan bincangkan ayat2 yg lain pula...so sahabat2, ambil peluang majlis ilmu yg diadakan utk kita sama2 meningkatkan ilmu pengetahuan.

Wednesday, December 22, 2010

Kursus Pengucapan Awam

Kursus Pengucapan Awam akan diadakan pada:
Tarikh: 25 - 26 Disember 2010
Tempat: Hotel Bluewave, Shah Alam
Tiada bayaran yuran dikenakan, kepada sahabat-sahabat yang boleh menyertai kursus di atas, sila inform Kak Nora ye!

Tuesday, December 21, 2010

Suatu Perkongsian - Pandangan Sisi Isteri Seorang Pejuang Islam

Ingin saya kongsikan bersama sahabat2 bagaimana kehidupan Ummu Muhammad (zaujah kepada As-Syeikh Sa'id Hawwa) sepanjang bergelar isteri kepada seorang pejuang..

Artikel ini diterbitkan hasil pertemuan sekumpulan Muslimat Malaysia bersama Ummu Muhammad pada tahun 2000.

BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN SYEIKH SA'ID HAWWA SECARA TERPERINCI?

Syeikh Rahimahullah amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi.Oleh itu,selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan.
Anak-anaknya masih kecil ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978.Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan 4 orang anak,3 lelaki dan seorang perempuan-Muhammad,Ahmad,Mu'az,dan Fathimah,Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak.Justeru,apabila beliau keluar dari penjara maka beliau mendapati anak-anaknya telah membesar di bawah tarbiyah yang baik.

Setiap pagi,beliau akan meluangkan masa bersama anak2 dan kadangkala sekitar pukul 9 ke 10 malam.Manakala waktu selebihnya adalah untuk urusan dakwah,menulis dan mengarang.Saya akan membantunya dalam beberapa aspek: Jika dia mengarang maka saya akan menaipkan untuknya dan Alhamdulillah kami mampu menghasilkan beberapa kitab.Beliau juga tidak pernah mengabaikan aspek tarbiyah anak-anaknya bahkan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk berkelah dan sepanjang perkelahan tersebut beliau akan mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan anak-anak.Kebiasaannya kami berkelah pada hari Khamis manakala hari Jumaat kami akan berada di rumah.

Hakikatnya sesiapa yang mengatur waktunya , pasti dia akan mendapat faedah yang banyak dari aturan tersebut.

BAGAIMANA PERASAAN UMMU MUHAMMAD KETIKA SYEIKH RAHIMAHULLAH DITANGKAP DAN DIPENJARAKAN?

Ketika itu,harapan dan pergantungan saya hanyalah pada Allah dan saya tidak sekalipun hilang kawalan diri. Harapan saya agar beliau segera keluar dari penjara dan boleh menyambung semula kerja-kerja dakwah beliau. Saya tetap meneruskan pendidikan terhadap anak-anak sebagaimana biasa dan menggunakan pelbagai wasilah pendidikan seperti kaset-kaset Al-Quran dan kisah-kisah Agama.

Mereka mula menghafaz Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan kini,tiga daripada mereka telah pun Hafiz AL-Quran malah mempraktikkan isi kandungannya,Alhamdulillah.Selepas 2 bulan beliau keluar dari penjara ,adiknya Mahmud , seorang pemuda soleh, melihat beliau di dalam mimpi dibunuh dan mati syahid.

BAGAIMANAKAH BENTUK KEHIDUPAN UMMU MUHAMMAD DAN SYEIKH RAHIMAHULLAH SEBAGAI PASANGAN SUAMI ISTERI?

Kami sama2 memanfaatkan masa dan menunaikan haknya dan tidak wujud sebarang pembaziran.

Contohnya,jika kamu keletihan,jangan kamu berehat terus,sebaliknya lakukan sesuatu yang menyenangkan dan tidak meletihkan seperti sambil kamu duduk, kamu menulis sesuatu yang berfaedah. Atau letakkan anak kamu di sisi dan kamu ajari mereka sesuatu.Jika dikunjungi tetamu,segerakan penyediaan hidangan mereka. Ataupun jika kamu dikunjungi tetamu secara mengejut, bersedia menyambut mereka. Kesimpulannya, kamu perlu berusaha memanfaatkan waktu.

Kami akan membaca Al-Quran selepas solat Subuh dan kemudian meluangkan masa untuk penulisan selama 2 jam tetapi ini kebiasaannya pada waktu cuti. Jika waktu persekolahan, kami akan menulis sekembalinya dari sekolah jika tiada tetamu yang berkunjung. Jika beliau bekerja sendirian, sibuk dengan membaca kitab-kitab lama, saya akan menjalankan kerja-kerja asas rumah dan mengajar anak-anak.Beliau sentiasa meluangkan masa menziarahi kaum kerabatnya pada hari Jumaat. Inilah rutin kami semenjak kami mendirikan rumahtangga.

Pernah sekali saya mimpikan beliau ketika beliau masih dalam bilik kecil dan sempit di dalam penjara. Dalam mimpi itu seolah-olah saya berdiri di hadapan bilik kurungan tersebut dan pintunya terbuka. Saya melihat cahaya memancar dari bilik tersebut dan timbul ketenangan di hati saya bahawa Al-Quran yang dihafaznya menjadi pembantunya. Beliau dikurung di situ selama 9 bulan dan selama tempoh itu beliau tekun mengulangkaji al-Quran. Tidak berapa lama selepas itu beliau dikeluarkan ke penjara yang lebih besar yang dihuni oleh orang lain.
Selepas 5 tahun beliau dibebaskan dan ramai yang tidak percayakan peristiwa tersebut melainkan setelah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka semua meraikan pembebasan Syeikh Rahimahullah di rumah keluarganya.

BAGAIMANAKAH AS-SYEIKH MENGENALI UMMU MUHAMMAD?

Awalnya,saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya. Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria, kemudian demonstrasi Hammah, masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali.Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Saudi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan.

Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya akan selalu berpesan setiap kali beliau ingin keluar.." ALLAH MA'AK" (ALLAH BERSAMA KAMU) dan apabila tetamu datang ,saya akan ucapkan "Ahlan wa sahlan."

Jika dikunjungi keluarganya, saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan lebih selepas Syeikh Rahimahullah meninggal.

APAKAH ATURAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK UMMU MUHAMMAD?

Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek Tauhid dan Ibadat.
Ajari mereka Al-Quran dan mulakan dengan Surah Al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat,puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil.

Tarbiyah dalam aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut Akhlak mereka,oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah.

Jika sudut Agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih,dan masalah ini lebih ketara kepada anak-anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian,menutup aurat,solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.

Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersama Syeikh Rahimahullah adalah sama,sama ada dari segi pakaian, kerja dakwah , penulisan, dan menyambut tetamu. Lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentisa , InsyaAllah adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan kalimah Allah Ta'ala.

dipetik dari: http://anissyuhada.blogspot.com

Friday, December 10, 2010

Jom Join Jambori Nisa Selangor!!

Assalamualaikum wbt, sahabat2 yang dirahmati Allah, insyaAllah, seperti yang telah diberitahu dalam meeting lepas, JNS akan diadakan pada tarikh berikut dan maklumat program adalah seperti di bawah:


TARIKH :
17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H

TEMPAT :
Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)
Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.

MASA :
Jumaat (petang) - Ahad (tengah hari)

SASARAN PESERTA :
Remaja perempuan Islam (13-18 tahun)

PENGENALAN
Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.

OBJEKTIF
-Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.
-Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
-Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
-Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
-Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.

BENTUK PENGISIAN PROGRAM
-Ceramah dan diskusi dua hala.
-Slot khas bersama Imam Muda Asyraf
-Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
bimbingan intensif fasilitator.
-Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
-Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
-Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Kepada sahabat2 yang ingin mendaftarkan peserta, sila contact Kak Nora : 0192397781
Sebarkan kpd rakan2 yang lain.

p/s Kepada sahabat2 yg telah diamanahkan utk menghantar peserta pegi dan balik program, jgn lupe utk standby pada hari program dan hari terakhir program.