Tuesday, December 28, 2010

Last Usrah Nisa for 2010!

Semua sahabat dijemput hadir ke usrah Nisa yang terakhir bagi tahun 2010 yang akan diadakan pada hari Rabu ini jam 9 malam, tajuk "Tahun Baru, Azam Baru, Diri Saya Yang Baru" yang bakal disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr Rosni. Sila cek msg di hp masing2 utk alamat tempat program ya! See u there!

Monday, December 27, 2010

Summary Pengisian Liqa Ilmi - Ulul Albab

Assalamualaikum wbt,

Sahabat2, maaf atas keterlewatan meng'post' summary pengisian Liqa Ilmi tempoh hari. Apa2pun, berikut adalah serba sedikit points yg dapat di share oleh sahabat2 yg hadir. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kelas pertama tajuk ulul albab dan kita bakal membincangkan semua ayat2 di dalam al quran yg mengandungi kata kunci ULUL ALBAB (gol. yg berakal fikiran) dalam kelas2 seterusnya. So, bagi yg berkelapangan pada masa akan datang, jemputla dtg ye!



Kelas dimulakan dgn sharing session oleh setiap yg hadir..semua yg hadir perlu memberi tazkirah skit..mcm2 sharing, ade yg share kate2 hikmah, sirah, pengalaman, etc..bak kate Kak Su, bykkan sharing, insyaAllah, mudah2an kita sentiasa dapat memberi peringatan pada org lain, memberi manafaat pada org lain, walaupun hanya sesimple perkara sahaja.

Utk kelas pertama Ulul Albab tempoh hari, ayat pertama yg dihuraikan adalah dari Surah al baqarah, ayat 179, maksudnya, "Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa".


Ulasan :
1. Islam dtg complete, bkn cuma merangkumi hal2 ibadat & adab sahaja. Malah urusan pentadbiran/siyasah, hal2 jenayah semua Allah dh gariskn dlm pakej islam.
2. Qisas adalah perkara yg wajib dilaksanakan, tak perlu bertangguh2 pelaksanaannya sbb sesungguhnya hikmahnya akan melimpah pd semua setelah dilaksanakan, insyaAllah, terutamanya pada golongan ulul albab yg terdiri daripada:
a. Penguatkuasa – cara untuk kekalkan keamanan, hukuman yg setimpal dgn jenayah
b. Pesalah laku – sebelum buat die akan terpikir ape hukuman yg bakal ditanggung
c. Pemerhati/org awam – jdkn contoh, lesson learnt etc.
3. Mereka yg betul fikirnya, akan nmpk qisas tu rasional & relevan, cuma hendak melaksanakannya atau tidak, bergantung pd patuhnya kpd Tuhan = TAQWA.

Kita juga perlu bijak dalam memilih pemimpin negara supaya kita dapat melaksanakan sesuatu suruhan dari Allah tanpa ragu2 lagi dalam sesebuah negara, iaitu di kalangan ulamak wal umara’ yg bakal memimpin negara ikut dasar n garis2 Islam yg sebenar. Bkn ulamak suuk, yg menjaga kepentingan periuk nasi semata-mata tanpa menghiraukan suruhan dan larangan Allah.

Ayat lain yg berkenaan ulul albab –
a. Seruan ulul albab: 2:179,197, 5: 100, 65: 10
b. Gol. Ulul albab: 2: 269, 3:7; 13:19; 14: 52, 38: 29; 39: 9,18
c. Utk org berakal : 3:190, 12:111, 38:43, 39:21, 40:54

InsyaAllah, pada kelas akan datang kita akan bincangkan ayat2 yg lain pula...so sahabat2, ambil peluang majlis ilmu yg diadakan utk kita sama2 meningkatkan ilmu pengetahuan.

Wednesday, December 22, 2010

Kursus Pengucapan Awam

Kursus Pengucapan Awam akan diadakan pada:
Tarikh: 25 - 26 Disember 2010
Tempat: Hotel Bluewave, Shah Alam
Tiada bayaran yuran dikenakan, kepada sahabat-sahabat yang boleh menyertai kursus di atas, sila inform Kak Nora ye!

Tuesday, December 21, 2010

Suatu Perkongsian - Pandangan Sisi Isteri Seorang Pejuang Islam

Ingin saya kongsikan bersama sahabat2 bagaimana kehidupan Ummu Muhammad (zaujah kepada As-Syeikh Sa'id Hawwa) sepanjang bergelar isteri kepada seorang pejuang..

Artikel ini diterbitkan hasil pertemuan sekumpulan Muslimat Malaysia bersama Ummu Muhammad pada tahun 2000.

BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN SYEIKH SA'ID HAWWA SECARA TERPERINCI?

Syeikh Rahimahullah amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi.Oleh itu,selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan.
Anak-anaknya masih kecil ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978.Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan 4 orang anak,3 lelaki dan seorang perempuan-Muhammad,Ahmad,Mu'az,dan Fathimah,Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak.Justeru,apabila beliau keluar dari penjara maka beliau mendapati anak-anaknya telah membesar di bawah tarbiyah yang baik.

Setiap pagi,beliau akan meluangkan masa bersama anak2 dan kadangkala sekitar pukul 9 ke 10 malam.Manakala waktu selebihnya adalah untuk urusan dakwah,menulis dan mengarang.Saya akan membantunya dalam beberapa aspek: Jika dia mengarang maka saya akan menaipkan untuknya dan Alhamdulillah kami mampu menghasilkan beberapa kitab.Beliau juga tidak pernah mengabaikan aspek tarbiyah anak-anaknya bahkan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk berkelah dan sepanjang perkelahan tersebut beliau akan mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan anak-anak.Kebiasaannya kami berkelah pada hari Khamis manakala hari Jumaat kami akan berada di rumah.

Hakikatnya sesiapa yang mengatur waktunya , pasti dia akan mendapat faedah yang banyak dari aturan tersebut.

BAGAIMANA PERASAAN UMMU MUHAMMAD KETIKA SYEIKH RAHIMAHULLAH DITANGKAP DAN DIPENJARAKAN?

Ketika itu,harapan dan pergantungan saya hanyalah pada Allah dan saya tidak sekalipun hilang kawalan diri. Harapan saya agar beliau segera keluar dari penjara dan boleh menyambung semula kerja-kerja dakwah beliau. Saya tetap meneruskan pendidikan terhadap anak-anak sebagaimana biasa dan menggunakan pelbagai wasilah pendidikan seperti kaset-kaset Al-Quran dan kisah-kisah Agama.

Mereka mula menghafaz Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan kini,tiga daripada mereka telah pun Hafiz AL-Quran malah mempraktikkan isi kandungannya,Alhamdulillah.Selepas 2 bulan beliau keluar dari penjara ,adiknya Mahmud , seorang pemuda soleh, melihat beliau di dalam mimpi dibunuh dan mati syahid.

BAGAIMANAKAH BENTUK KEHIDUPAN UMMU MUHAMMAD DAN SYEIKH RAHIMAHULLAH SEBAGAI PASANGAN SUAMI ISTERI?

Kami sama2 memanfaatkan masa dan menunaikan haknya dan tidak wujud sebarang pembaziran.

Contohnya,jika kamu keletihan,jangan kamu berehat terus,sebaliknya lakukan sesuatu yang menyenangkan dan tidak meletihkan seperti sambil kamu duduk, kamu menulis sesuatu yang berfaedah. Atau letakkan anak kamu di sisi dan kamu ajari mereka sesuatu.Jika dikunjungi tetamu,segerakan penyediaan hidangan mereka. Ataupun jika kamu dikunjungi tetamu secara mengejut, bersedia menyambut mereka. Kesimpulannya, kamu perlu berusaha memanfaatkan waktu.

Kami akan membaca Al-Quran selepas solat Subuh dan kemudian meluangkan masa untuk penulisan selama 2 jam tetapi ini kebiasaannya pada waktu cuti. Jika waktu persekolahan, kami akan menulis sekembalinya dari sekolah jika tiada tetamu yang berkunjung. Jika beliau bekerja sendirian, sibuk dengan membaca kitab-kitab lama, saya akan menjalankan kerja-kerja asas rumah dan mengajar anak-anak.Beliau sentiasa meluangkan masa menziarahi kaum kerabatnya pada hari Jumaat. Inilah rutin kami semenjak kami mendirikan rumahtangga.

Pernah sekali saya mimpikan beliau ketika beliau masih dalam bilik kecil dan sempit di dalam penjara. Dalam mimpi itu seolah-olah saya berdiri di hadapan bilik kurungan tersebut dan pintunya terbuka. Saya melihat cahaya memancar dari bilik tersebut dan timbul ketenangan di hati saya bahawa Al-Quran yang dihafaznya menjadi pembantunya. Beliau dikurung di situ selama 9 bulan dan selama tempoh itu beliau tekun mengulangkaji al-Quran. Tidak berapa lama selepas itu beliau dikeluarkan ke penjara yang lebih besar yang dihuni oleh orang lain.
Selepas 5 tahun beliau dibebaskan dan ramai yang tidak percayakan peristiwa tersebut melainkan setelah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka semua meraikan pembebasan Syeikh Rahimahullah di rumah keluarganya.

BAGAIMANAKAH AS-SYEIKH MENGENALI UMMU MUHAMMAD?

Awalnya,saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya. Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria, kemudian demonstrasi Hammah, masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali.Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Saudi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan.

Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya akan selalu berpesan setiap kali beliau ingin keluar.." ALLAH MA'AK" (ALLAH BERSAMA KAMU) dan apabila tetamu datang ,saya akan ucapkan "Ahlan wa sahlan."

Jika dikunjungi keluarganya, saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan lebih selepas Syeikh Rahimahullah meninggal.

APAKAH ATURAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK UMMU MUHAMMAD?

Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek Tauhid dan Ibadat.
Ajari mereka Al-Quran dan mulakan dengan Surah Al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat,puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil.

Tarbiyah dalam aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut Akhlak mereka,oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah.

Jika sudut Agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih,dan masalah ini lebih ketara kepada anak-anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian,menutup aurat,solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.

Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersama Syeikh Rahimahullah adalah sama,sama ada dari segi pakaian, kerja dakwah , penulisan, dan menyambut tetamu. Lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentisa , InsyaAllah adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan kalimah Allah Ta'ala.

dipetik dari: http://anissyuhada.blogspot.com

Friday, December 10, 2010

Jom Join Jambori Nisa Selangor!!

Assalamualaikum wbt, sahabat2 yang dirahmati Allah, insyaAllah, seperti yang telah diberitahu dalam meeting lepas, JNS akan diadakan pada tarikh berikut dan maklumat program adalah seperti di bawah:


TARIKH :
17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H

TEMPAT :
Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)
Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.

MASA :
Jumaat (petang) - Ahad (tengah hari)

SASARAN PESERTA :
Remaja perempuan Islam (13-18 tahun)

PENGENALAN
Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.

OBJEKTIF
-Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.
-Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
-Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
-Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
-Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.

BENTUK PENGISIAN PROGRAM
-Ceramah dan diskusi dua hala.
-Slot khas bersama Imam Muda Asyraf
-Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
bimbingan intensif fasilitator.
-Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
-Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
-Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Kepada sahabat2 yang ingin mendaftarkan peserta, sila contact Kak Nora : 0192397781
Sebarkan kpd rakan2 yang lain.

p/s Kepada sahabat2 yg telah diamanahkan utk menghantar peserta pegi dan balik program, jgn lupe utk standby pada hari program dan hari terakhir program.

Thursday, December 9, 2010

Sekitar Jamuan Mahabbah Nisa Pandan 2010

Assalamualaikum wbt,

Syukran jazilan diucapkan pada sahabat-sahabat yang hadir pada jamuan kita tempoh hari. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, thanx jugak to tuan rumah iaitu Puan Hajar kerana sudi menaja tempat program. Acara jamuan dimulakan dgn sesi tazkirah oleh Saudara Syakir, taaruf dan kemudian acara menjamu selera dan memotong kek Nisa~..Berikut gambar2 sekitar jamuan utk tatapan bersama~.

'Air tangan' ahli2 Nisa Pandan, ni mase meja tak full lagi ni, bile dah susun sume mknn mmg tak muat meja...sedap2..

Sume org sedang khusyuk makan, 'sembang-sembang berisi', dan melayan anak2..

Kek Nisa utk celebrate besday ahli2 Nisa~

Untung jugak org yg datang last2 mase sesi bergambar, terus duduk saf depan, hiihi...jangan marah ye...~
Anyway, thanx again pada sume yg menjayakan program ini, insyaAllah kite bertemu lagi di lain masa!! Moga ukhuwwah antara hati2 kita terus bertaut dan moga kita terus istiqamah~


Tuesday, December 7, 2010

Sayang Anakku Sayang~

Pejam celik, pejam celik, anak-anak ahli Nisa Pandan kini sudah mencecah seramai 20 org (and more to come..insyaAllah). Anak-anak ini juga yang memeriahkan dan menceriakan meeting2, usrah dan program kita (mungkinkah bilangan mereka lebih ramai dari keahlian Nisa Pandan? huhuhu...). Apa-apapun, buat ummi2, ibu2, mama2, etc yang tetap setia melayani kerenah anak2, tawa dan tangis anak2, dan tidak pernah jemu membawa anak2 ke program2 kita, mudah-mudahan kalian tidak akan pernah rasa jemu dan teruskan mendidik mereka, mendekatkan mereka dgn program2 dan usrah. Tingkatkan kesabaran dan manafaatkan masa kecil mereka dgn perkara berfaedah. Sesungguhnya itulah peranan kita sebagai para ibu dan keistimewaan yang telah Allah kurniakan. Semoga kita terus melahirkan dan membesarkan anak2 yang bakal menyambung perjuangan Islam.

Berikut adalah artikel dari Saifulislam.com utk tatapan kita bersama dalam mendidik anak2, jua relevan dalam perhubungan kita dengan suami masing2 serta perhubungan dgn sahabat2.



MENUTURKAN LIMA BAHASA KASIH SAYANG

“Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai anak berusia tujuh tahun. Apabila saya menegur kesalahannya, dia mengatakan yang saya tidak sayangkan dia serta melebihkan adik beradik yang lain sedangkan kasih sayang saya kepada anak-anak tidak berbelah bagi. Apa nasihat ustaz?”

Demikian soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta bengkel Sinergi Keluarga Bahagia anjuran bersama Nisa’ Titiwangsa, Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Yayasan Selangor, semalam. Program ini terhasil daripada inisiatif YB Dr. Lo’lo’ Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang menghubungi saya melalui Twitter menyatakan hajat besarnya mahu mengadakan sebuah program kekeluargaan terutamanya bagi penduduk sekitar Parlimen Titiwangsa yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Alhamdulillah.

Soalan dihantar dalam bentuk nota dan ia bagus kerana di dalam program yang membabitkan hal-hal kekeluargaan, biasa sekali peserta segan hendak bertanya kerana tidak mahu kondisi rumahtangganya ‘dinilai’ oleh peserta-peserta lain.

KASIH TANPA SYARAT

Mendisiplinkan anak-anak lebih mudah jika anak mempunyai tahap emosi yang baik.

Mereka yakin dengan kasih sayang ibu bapa kepada mereka, justeru teguran tidak ditafsirkan sebagai benci, sebaliknya pembetulan dan disiplin.

Mengasihi anak-anak tanpa syarat tidak sama sekali bermaksud menjadi permisif. Anak-anak perlu didisplinkan, tetapi ia mesti SENTIASA bertitik tolak daripada rasa kasih sayang, bukannya benci. Peka terhadap intonasi dan gaya bahasa yang diguna pakai semasa memarahi anak sama ada ia terbit daripada kasih sayang atau benci.

“Kenapa tumpahkan air ini? Banyak kali emak dah tegur. Kamu ni!!!” si ibu meninggikan suara.

“Hishhh, kenapa kamu ni? Bodoh betullah, berapa kali emak nak cakapppp!” si ibu tidak begitu meninggikan suara tetapi menegur anak sambil jari telunjuknya ditujah-tujah ke dahi anak.

Nilaikan, mana satu teguran yang bertitik tolak daripada kasih sayang, dengan teguran yang terbit daripada rasa marah yang tidak terkawal hingga berubah menjadi benci.

Mengasihi anak dengan syarat, sungguh mengelirukan si anak.

BAHASA KASIH SAYANG

Keduanya, sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, anak-anak malah manusia dewasa juga mengasihi dan dikasihi dalam bentuk-bentuk yang berbeza (The Five Love Languages for Children oleh Gary Chapman). Biar pun kelima-lima bahasa kasih sayang itu penting, namun setiap seorangnya akan lebih terkesan dengan salah satu daripada lima bahasa kasih sayang tersebut.

Bahasa-bahasa itu ialah:

1.Sentuhan fizikal
2.Perkataan
3.Masa berkualiti
4.Hadiah
5.Khidmat bakti

Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Tetapi ramai anak yang merasakan bahawa dirinya tidak disayangi (Gary Chapman). Salah satu puncanya ialah, ibu bapa mengasihi anak-anak hanya dengan menggunakan satu atau dua bahasa sahaja.

Misalnya, ibu bapa menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak dengan ‘perkataan’ apabila selalu menyebut kepada anak-anak, “ayah sayangkan kamu semua” atau “ibu sayang Adam, sayang Anas, sayang Anis”. Jika Anas dan Anis itu bahasa utama kasih sayangnya ialah perkataan, maka ungkapan itu berjaya membantu mereka yakin bahawa mereka memang disayangi. Tetapi jika bahasa utama kasih sayang Adam ialah sentuhan fizikal, biar pun dia juga diberitahu bahawa dia dikasihi oleh ayah dan ibunya, dia tidak dapat merasakan kasih sayang itu kerana ibu dan bapanya tidak memeluk, mencium, mengusap atau bergomol dengan Adam mahu pun adik-adik yang lain.

Dalam keadaan Adam tidak yakin dengan kasih sayang ibu bapanya kepada dia, usaha mendisiplinkan anak ini menjadi lebih rumit dan mencederakan jati diri.

Perhatikanlah tabiat-tabiat anak apabila mahu mendapatkan perhatian, juga cara anak-anak menunjukkan kasih sayangnya kepada kawan-kawan atau kepada kita sendiri, teliti apakah bentuk kasih sayang yang dia minta, apakah keluhan yang sering disuarakannya, dan perhatikan tabiat-tabiatnya dalam kehidupan seharian, untuk anda mengenal pasti bahasa kasih sayang utama setiap anak.

Andaikata ia tidak berhasil dilakukan, amat malang sekali jika anda yang sangat mengasihi anak-anak, dianggap oleh anak sebagai tidak menyayangi mereka semata-mata kerana anda tidak peduli kepada keistimewaan dan keunikan setiap seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah itu.

Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan kelima-lima bahasa cinta itu.
Baginda memang seorang
Murabbi Cinta.