Tuesday, May 31, 2011

Kejohanan Bowling Wanita Piala YB Iskandar


Alhamdulillah, dengan izin dan Rahmat dariNya, program bowling kali ini berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua pemenang dan juga kepada semua ahli Nisa, AJK yg terlibat dan pihak DMP yang membantu dalam kelancaran program ini. Tak lupa juga kepada Ustazah Salasiah yang sudi merasmikan penutupan acara bowling pada hari itu.

Insyallah segala kekurangan ketika program akan diperbaiki dari pada masa ke semasa, dan sesungguhnya setiap pengalaman mematangkan dan memberi pengajaran yang baik untuk kita pada masa akan datang.

Juga diselitkan 2 keping gambar program,untuk gambar penuh boleh lihat di facebook Nora.

AJK Nisa yang terlibat


Sebahagian peserta kejohanan bowling


Wallahua'lam.

Friday, May 20, 2011

TAHNIAH



Tahniah dan Mabruk di ucapkan kepada

Ukhti Suria Norhaniyaa dan Khairul Nizam Shoib atas ikatan baru yang dibina

Ukhti Siti Masitah Samsury dan Ustaz Zulkifli Ahmad atas kelahiran anak yg ke-5 iaitu
Mujaddid Wafi

dan juga kepada sahabat2 Nisa Pandan yang lahir pada bulan Mei

Selamat Hari Guru untuk yang bergelar pendidik

Selamat hari Ibu yang telah bergelar ibu,mama,ummi,mak,mommy

TAHNIAH SEMUA!!!

Apa ada pada Usrah



Apabila kita menyebut wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa'I (sedar) dan waqi'I (realistic). Kita hendaklah sedar bahawa kita ialah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksimum mungkin untuk memanggil dan mengajak, bukan untuk berebut mahupun memaksa. Dalam hal ini, dua wasilah kita gunakan, iaitu wasilah umum dan wasilah khusus.

Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah sama ada dengan lisan, tulisan mahupun dengan qudwah hasanah (contoh teladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) dan apa itu aqidah yang benar. Kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.

Kita mengadakan majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan majlis-majlis lain yang boleh kita sampaikan mesej Islam. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta'rif (pengenalan) yang kandungan utamanya ialah Islam dan iman, bukannya perkumpulan. Hanya apabila telah diyakini bahawa mad'u (sasaran dakwah) dapat menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan usaha kita kepada wasilah khusus.

Dalam wasilah khusus, konsep 'amal jama'i ialah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan. Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu dilalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (pelaksanaan).

Dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenal pasti dan yang dapat menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa'id Hawwa sebagai nizam al-da'wah yang berbentuk sufi pada rohnya dan ketenteraan dalam amalannya, yang syiarnya ialah perintah dan taat.

Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja. Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan. Di sini beberapa pengorbanan diperlukan dan pengorbanan akan merupakan sebab kepada peningkatan iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.

Marhalah al-tanfiz, marhalah kedua, ialah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani. Dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.

Banyak orang yang boleh berteori dan banyak orang pula yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang banyak itu akan sanggup menanggung berbagai-bagai mehnah dan ibtila' (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.

Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia sama ada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIAH HARAKIAH

Proses tarbiah Islamiah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasI oleh kebatilan yang kemas. Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar pelaksanaannya yang berkesan akan menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas--jangan sampai ke peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Dalam hubungan ini, isi usrah janganlah dijumudkan dengan hanya membaca teks dan menghafal. Sebaliknya, pelaksanaan usrah hendaklah dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiah yang menekankan setiap aspek Islam. Kepelbagaian boleh dilakukan dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.

  • Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya daripada nizam al-tarbiyah yang lain dan antara ciri tersebut ialah:
  • Usrah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
  • Usrah merangkumi semua ahli sama ada pengikut, pekerja mahupun pemimpin. Pastikan tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiah.
  • Dirancang dengan rapi dari semua sudut. Dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh nuqaba' dan ahli.

Antara ciri keberkesanan sesuatu usrah ialah apabila persoalan di bawah ini ditanya, jawapannya dapat diberikan dengan sempurna:

  • Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam? Sejauh mana konsep al-ta'awum (bekerjasama) di kalangan ahli dalam membantu proses penghayatan Islam? Sejauh mana ikatan dibentuk? Sejauh mana pula pelaksanaan ikatan itu dalam bentuk amalan?

Akhirnya marilah kita sama-sama membaharui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za'imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur'an perlembagaan kami), al-jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).

Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.

Dipetik dan diubah suai daripada risalah "Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiah Islamiah" oleh Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan Pusat.

Sumber Text: Al-Wasilah dan Kepentingan Usrah Dalam Tarbiah,

وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاً
...Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 34)

Credit to Iluvislam.com

Friday, April 29, 2011

Nota Ringkas Kuliah Tn Ibrahim

Assalamualaikum wbt,
Berikut dikongsikan nota ringkas kuliah Tn Ibrahim utk tatapan bersama~




  • Matlamat sesuatu gerakan islam ialah utk menegakkan agama islam.

  • Kejayaan pertarbiyahan ahli atau output dari manhaj tarbiyah diukur melalui kesanggupan utk melakukan pengorbanan.

  • Penting utk mengenali sahabat2 yg bersama-sama dlm perjuangan, dgn cara bermusafir bersama, makan bersama dan solat bersama.

  • Antara kejayaan yg perlu ada pd sebuah jemaah ialah ikatan ukhuwah yg mantap, boleh dibentuk melalui rehlah,etc sehingga dapat mengenali keluarga sahabat, baik sangka sesama sahabat dan memupuk perasaann utk berkorban sesama ahli.

  • Semua ahli jemaah perlulah bersungguh dlm bergerak dan ikhlas dlm sebarang tindakan.

Semoga kita semua terus istiqamah dalam perjuangan islam.


Kepada barisan kepimpinan Nisa Pandan yang baru, semoga antunna dapat melaksanakan amanah sebaik mungkin. Takbir!!

Thursday, April 28, 2011

Kejohanan Bowling Wanita Piala YB Iskandar


Assalamualaikum wbt,

PERHATIAN!!
Kejohanan Bowling Wanita Piala YB Iskandar akan diadakan pada:
Tarikh : 22 Mei 2011 (Ahad)
Tempat : Pandan Lake Club, Pandan Indah
Anjuran : NISA Educare Centre dgn kerjasama ADUN Cempaka

Maklumat lanjut boleh didapati di borang penyertaan dan poster2. Borang penyertaan boleh dimuatturun di bawah:
BORANG PENYERTAAN BOWLING
Nantikan juga poster rasmi Kejohanan Bowling ini!!!

JOM JOIN RAMAI2!!

Thursday, April 14, 2011

Jom USRAH!!



Assalamualaikum wbt..



Apa khabar sahabat2, alhamdulillah, semalam kita dapat berusrah lagi bersama Ustazah Suraya. Just sharing utk semua, Kak Su bawakan tajuk "Ketenangan Jiwa". Antara pointnyer seperti di bawah:


  1. Sentiasa buat kerja Islam dengan ikhlas, ikhlaskan diri dan bukan terpaksa. InsyaAllah kita akan beroleh ketenangan.

  2. Jgn menolak tarbiyah daripada Allah (cthnya kalau ditakdirkan perlu pegang jawatan) dan jangan byk mencipta alasan.

  3. Berikan sepenuh komitmen kepada USRAH...


Bercakap tentang usrah, saya petik artikel ini daripada sebuah blog, just huraian simple tentang usrah..


Ape pentingnya Usrah ni?
Ape kelebihannya....?
Hanya sekadar untuk refresh dalam diri kita walaupun dalam kadar kemenangan diisi dengan kesibukan yang terlampau sehinggakan tiada masa untuk berusrah.. Berbeza ketika zaman kekalahan... Semuanya mampu dibuat hasil dari Usrah yang berjaya...
kadang-kadang kita lupa ape definasi dan etika yang ada dalam berusrah.. Jadi sekadar renungan untuk muhasabah diri
Tonggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak melahirkan generasi pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja berjemaah.
Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkannya. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jemaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.

DEFINISI USRAH

Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.
Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.

Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

TUJUAN USRAH

Antara tujuan usrah ialah;

1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah Taala.
2. Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
3. Mengiltizamkan anggota dengan akhlak al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.
4. Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan seharian.
5. Berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
6. Sentiasa dapat bermulazamah dengan al-Quran dan al-Hadis.
7. Membentuk peribadi Muslim, keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
8. Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
9. Merapatkan ukhuwwahdan kasih sayang dalam kalangan anggota.
10. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
11. Menanamkan semangat cintakan agama Allah.
12. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa.
13. Membuka saluran komunikasi dalam sesebuah organisasi. Sistem usrah yang digunakan boleh mewujudkan sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation)
14. Menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing.
15. Memahami peribadi anggota dengan lebih dekat seperti pemanas, pemurah, penakut, lembap, gopoh dan sebagainya.

RUKUN USRAH

1.Taaruf
Iaitu berkenalan sesama anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian daripadanya dirinya sendiri. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang mendalam antara dua saudara.

Oleh itu, taaruf hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cintakan agama Allah. Taaruf ini hendaklah daripada dua belah pihak-memberi dan menerima.
Apabila pengenalan telah berputik maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulannya.

Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
"Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain"

Sabda Rasulullah sollallahualaihiwasallam Dalam hadis yang lain;
"Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak akan membiarkannya"

Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
"Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu"

2. Tafahum
Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak.

Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantaap di kalangan anggota. Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat-manasihati menjadi baik. Apabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.pabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.Perasaan syak wasangka hilang, perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara tidak mengambil hati apabila ia di tegur oleh sahabat. Rukun tafahum ini berkait rapat dengan ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka

3. Takaful
Dalam kumpulan usrah hendaklah ada perasaan tolong-menolong dan bantu-membantu dikalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa sahaja suasana yang memerlukan bantuan normal dan material samada bersifat peribadi mahupun keluarga. Oleh itu, saudara hendaklah bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri. Dasar takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwwah sejati. Saudara hendaklah bertanya khabar, ziarah menziarahi dan berganti kebajikan dengan cara tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan biarkan saudara seperjuangan terlantar tanpa apa-apa berita dan pembelaan.

Dengan Berusrah ia akan mampu menjadikan
1. Wehdatul Aqidah = Kesatuan dari segi Aqidah.....
2. Wehdatul Fiqh = Kesatuan pemikiran ......
3. Wehdatul Amal = Kesatuan Kerja.....

Renunglah Hadis Rasulullah mengenai kelebihan perkara tersebut-bermaksud;
"Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku"....

Jom mantapkan Usrah....

Wednesday, April 6, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat2 Nisa - April 2011

Assalamualaikum wbt, SELAMAT HARI LAHIR diucapkan pada sahabat2 yg lahir pada bulan April!!!! Semoga Allah terus merahmati hidup kalian dan teruskan perjuangan!!