Monday, January 6, 2014

Parenting Talk


Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program "Parenting Talk" ini, boleh hubungi Pn Hajar di talian 013-5246394. Masih ada 4 kekosongan.

Terima kasih.

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU: HORMATI GURU, HORMATI ORANG BERILMU..



Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Sabda Rasulullah s.a.w.: 

Didiklah (ajarlah) anak-anak kamu tiga sifat: Pertama; kasih kepada Nabi kamu, kedua: kasih kepada keluarganya, ketiga: membaca al-Quran...

(Riwayat al-Tabrani)  

Jom semua jadilah pendidik kepada setiap org dan ajaklah orang sekeliling kita ke arah kebaika...

SELAMAT HARI GURU SEMUA..
HORMATI GURU, HORMATI ORANG BERILMU..

Tuesday, November 6, 2012

SELAMAT BERJAYA!

Seramai 472,541 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 5 November hingga 6 Disember 2012 ini di 3,590 pusat peperiksaan. Seramai 415,530 calon adalah pelajar Tingkatan 5 sekolah kerajaan, 7,708 calon sekolah agensi kerajaan selain KPM, 7,946 calon sekolah menengah agama negeri, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat, 11,309 calon sekolah swasta dan 1,900 calon persendirian. SELAMAT BERJAYA ADIK2, MOGA MENJADI ASET YANG PENTING UNTUK DIRI, KELUARGA DAN AGAMA!

Friday, November 2, 2012

HEBAHAN:Program My Sweetheart X-Challenge



  
Bismillahirrahmanirrahim.

Sempena cuti akhir tahun yang akan tiba, Masjid Al Azim, Ahli Majlis Zon 19 dan Nisa Pandan akan menganjurkan program MY SWEETHEART X-CHALLENGE.
Maklumat program adalah seperti berikut:

PROGRAM: MYSWEETHEART X-CHALLENGE
TEMPAT: LEMBAH AZWEN RESORT ULU LANGAT
TARIKH: 24 -25 NOV 2012
ANJURAN: AHLI MAJLIS ZON 19, MASJID AL-AZIM,PANDAN INDAH, NISA' PANDAN,
YURAN: RM90
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 16 NOV 2012

Terbuka kepada semua remaja lelaki dan perempuan berumur 10-15 tahun sekitar Pandan Indah, Cheras, Ampang.
Jika berminat boleh hubungi Masjid Al-Azim 03-42932627/Puan Hidayah 019-5676304

Jom sebarkan kepada anak2, kawan-kawn,adik-adik, anak-anak saudara dan agar masa cuti mereka diisi dengan perkara yang bermanafaat...Insyallah.

Monday, October 8, 2012

Jamuan hari raya nisa

Bismillahirahmanirrahim,

walaupun dah basi gambar2 ni tetapi nak jugak share disini :)

Jamuan aidilfitri kali ini meraikan hari kelahiran ahli2 nisa dari bulan Julai hingga Sept, dan diadakan di kediaman puan Intan Zahrah :)


Ketua Nisa, Puan Shasha, memberi kata2 aluan
Ketua unit kebajikan Puan Soraya, memberi ucapan

khusuk ke?

Cik Salwa dan Cik Nora

Puan Alia menerima hadiah

Puan Siti

Puan Intan Zahrah

Puan Siti Farah

Yey! jom potong kek! :)
Alhamdulillah, jamuan kali ini berjalan lancar, terima kasih kepada semua yang membawa juadah yang lazat2 belaka...Sangatlah seronok berjumpa sahabat2, dan anak2 pun seronok jumpa kawan2..Sesungguhnya ukhuwah itu indah :)

Unit 3N

Tuesday, July 17, 2012

Ahlan Ya Ramadhan




Salam akhir syaaban,

Syaaban akan berlalu Ramdhan bakal tiba, kami Nisa Pandan Mengucapkan  Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak, semoga ramadhan kali ini lebi baik dr yang sebelumnya...