Wednesday, September 28, 2011

Jamuan Hari Raya Nisa Pandan 2011



Alhamdulillah sempena bulan syawal yg mulia ini Nisa' Pandan sempat mengadakan majlis silaturrahim sempena aidilfitri sekaligus meraikan ulangtahun kelahiran sahabat Nisa' yg lahir dalam bulan 8, 9 dan 10.

Jamuan dihidangkan dengan makanan hasil airtgn sahabat Nisa' sendiri,dan juga cupacakes comel tajaan ymsweetcupcakes dan cake dari hussain bakery.

Majlis jamuan turut diselitkan persembahan comel daripada adik2 intern dan anak2 sahabat Nisa'.

Semoga jamuan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli Nisa dan anak2 ahli Nisa.

Salam syawal utk semua!

p/s: kepada sahabat yg ada byk gambar situasi jamuan jemput share di fb dan tag fb nisapandan yer.. :) syukran.

Mabruk Alaikuma




Di kesempatan ini Nisa Pandan ingin mengucapkan tahniah dan mabruk kepada:

Ukhti Hajar Ilyana dan suami atas kelahiran anak kedua yang bernama Abbas Hadi bin Mohd Azlan pada 6 Sept 2011.

Anak ke 5 kepada Ukhti Azian dan suami jugak telah selamat dilahirkan pada 6 Sept 2011 dan diberi nama Muhammad bin Abdul Halim.

Ukhti Maziah dan suami atas kelahiran cahayamata sulong mereka pada 16 Sept 2011 yg bernama Syuhada Nur Husna binti Syazwan.

Kepada sahabat2 selamat berpantang dan tahniah sekali lagi kepada semua, semoga anak2 yang lahir menjadi peneyejuk mata dan generasi penyambung perjuangan kita..Amin